ELKEN



PROFIL SYARIKAT

Diamanahkan untuk Menjaga • Memelihara • Memimpin dan Menawarkan Hanya yang Terbaik

Sejak penubuhannya pada 1995, visi Elken tetap berfokus pada memperkaya kehidupan. Syarikat ini teguh mempertahankan falsafahnya,Elken Menjayakan Anda untuk Menjayakan Bangsa”. Di Elken, kami bersandarkan kepercayaan dan memelihara manusia, serta membangunkan pelbagai aspek kehidupan mereka, termasuk kesihatan, pembangunan PERIBADI, keyakinan, keteguhan kewangan, kerjaya dan keluarga. Sebagai balasan, Ahli-ahli Elken terus berkongsi tentang peluang ini dengan cara yang paling bermakna.
Sebagai salah satu syarikat jualan langsung terkemuka di Malaysia, Elken telah menjadi piawai teladan bagi kejayaan kelahiran tempatan. Elken turut menubuhkan enam lagi tapak perniagaan yang kukuh di rantau Asia Pasifik, iaitu di Hong Kong, India, Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Dengan konsep kesihatan dan kecantikan holistik yang tersendiri, Terapi Pembaharuan Molekul (MRT) Elken menekankan empat unsur hidup yang kritikal bagi mencapai kesihatan yang optimum: pemakanan seimbang; pengambilan oksigen yang secukupnya; detoksifikasi dan pelarasan kesihatan; sementara Konsep Kecantikan Menyeluruh Elken pula memfokuskan penyerlahan kecantikan diri yang sejati dari hujung rambut hingga hujung kaki, dari dalam hingga luar. Tidak lupa juga rangkaian produk dan perkakasan isi rumah kami yang mesra alam, sesuai dan memuaskan mereka yang mempunyai anak-anak kecil.
Syarikat ini turut membuka 8 cawangan di seluruh negara, iaitu di Pulau Pinang, Seberang Jaya, Ipoh, Kuantan, Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu dan Kota Bharu. Baru-baru ini, kami telah mengubahsuai kemudahan-kemudahan yang sedia ada ke taraf antarabangsa, misalnya galeri kecantikan, ruang istirahat, kemudahan latihan serba guna dan EK One, sebuah gedung runcit kemegahan sehenti di samping 100 lagi pusat stokis di seluruh Malaysia, sekali gus menyediakan tempat bagi perkongsian kepakaran, saling belajar dan pemindahan kemahiran.

PENCAPAIAN

2013

  • Elken tersenarai sebagai syarikat jualan langsung penjana-hasil 100 teratas global dalam tahun 2012 dengan kedudukan 65 dalam carta oleh DSN, yang menjadikan Elken sebagai syarikat jualan langsung tempatan terunggul di Malaysia.
  • Elken diisytihar sebagai syarikat MLM Malaysia No. 1 tahun 2011/2012 oleh BusinessLogy, Pakar Laporan Perniagaan 50 Terbaik Malaysia.
  • Pusat Pengedaran Elken, Pusat Pengedaran Hijau Pertama di Negara yang mendapat pengesahan GBI (Indeks Bangunan Hijau) Malaysia dengan keluasan 300,000 kaki persegi telah disiapkan.
  • Membuka Pejabat & Pusat Servis di Hanoi, Vietnam.
  • Elken Spirulina merupakan jenama Spirulina No. 1 di Malaysia oleh Euromonitor selama 10 tahun berturut-turut.
  • Pembukaan Pusat Latihan Kecantikan di Ibu Pejabat.

2012

  • Frost & Sullivan menganugerahkan 2 Anugerah Amalan Terbaik Asia Pasifik 2012, yakni Anugerah Strategi Barisan Produk dan Kepimpinan Khidmat Pelanggan dalam Pasaran Penapisan Air.
  • Membuka cawangan Elken di Ho Chi Minh Branch, Vietnam.
  • Elken telah dikurniakan Anugerah/Pensijilan Emas Program Pengiktirafan Kod Etika oleh Persatuan Persekutuan Jualan Langsung /Persatuan Jualan Langsung Malaysia (WFDSA/DSAM) 

2011

  • Membuka cawangan Elken di Kota Bahru.
  • Membuka cawangan Elken di Bhubaneshwar, India.
  • Membuka cawangan Elken di Aizawl, India.
  • Perasmian New Diamond Lounge, pusat perangkaian sehenti di ibu pejabat Elken.
  • Pelancaran laman web beli-belah Elken4U.

2010

  • ELKEN Bio Pure dianugerahi Reader’s Digest Gold Trusted Brand Award (Malaysia) untuk ketiga kalinya.
  • Dianugerahi Anugerah “Kecemerlangan Sumber Manusia Global” oleh World HRD Congress

2009

  • ELKEN Bio Pure dianugerahi Anugerah Emas Jenama Paling Dipercayai Reader’s Digest (Malaysia) untuk tahun kedua berturut-turut.
  • Membangunkan Pusat Konvensyen ELKEN di Kuala Lumpur di atas tanah seluas  39,000 kaki persegi (termasuk Dewan Crown sedia ada).
  • Mengadakan Pameran Pendidikan Air yang pertama di Malaysia.
  • Membuka Cawangan ELKEN Guwahati di India.
  • Membuka Gudang & Pusat Servis Bio Pure di Patna, India .

2008

  • Dianugerahi Anugerah Usahawan Cemerlang oleh Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM).
  • ELKEN Bio Pure ialah satu-satunya sistem penulenan RO di Asia yang ditauliahkan Mohor Emas WQA S-300.
  • ELKEN Bio Pure dianugerahi Anugerah Emas Jenama Paling Dipercayai Reader’s Digest (Malaysia).
  • ELKEN Bio Pure dianugerahi sebuah pingat di Pameran Ciptaan Antarabangsa ke-36 di Geneva.
  • Membuka Cawangan ELKEN Ludhiana di India.
  • Pengurus Produk ELKEN Bio Pure mendapat penghormatan sebagai salah satu daripada tiga Pakar Air yang Diperakui di Asia Tenggara.
  • Menubuhkan pusat stokis pertama di Maldives.

2007

  • Membuka Cawangan ELKEN Surabaya di Indonesia.
  • Membuka EK One di ELKEN Singapura.

2006

  • Dianugerahi Anugerah Jenama Unggul Pilihan Pengguna Tahun 2006.
  • Membangunkan bangunan pertama ELKEN yang berasaskan pengguna, Cawangan ELKEN Kuantan.
  • ELKEN Indonesia ditauliahkan Pensijilan ISO9001:2000.
  • Kempen Derma Darah Tahunan yang memecah rekod berlangsung di 29 lokasi secara serentak.

2005

  • Anugerah Buku Kebangsaan untuk buku ‘Stand Up & Speak Your Mind’ yang berasaskan latihan Sistem Pendidikan ELKEN yang dikarang bersama oleh Naib Presiden Eksekutif ELKEN – En. SL Ho.
  • Ibu Pejabat baharu ELKEN Thailand ditempatkan semula di Jasmine City di Bangkok, satu daerah perumahan dan perniagaan yang strategik dan unggul.
  • Memecahkan rekod sendiri dan disenaraikan dalam buku the Malaysia Book of Records sebagai Penderma Darah Terbanyak oleh Sebuah Organisasi Tunggal dalam Sehari.

2004

  • Dianugerahi Kecemerlangan e-Usahawan Asia Pasifik.
  • Syarikat jualan langsung Pertama di Malaysia yang ditauliahkan Sijil Amalan 5S oleh Perbadanan Produktiviti Negara (NPC).
  • Kumpulan syarikat ELKEN muncul sebagai Johan Kebangsaan 5S dalam 3 kategori berasingan, iaitu Sektor Pembuatan Terbuka, Sektor Perkhidmatan Sederhana dan Sektor Perkhidmatan Terbuka.
  • Membuka Cawangan ELKEN Kuching.
  • ELKEN India ditauliahkan pensijilan ISO9001:2000, syarikat jualan langsung pertama di negara tersebut yang mendapat pengiktirafan sedemikian.
  • ELKEN Singapura ditauliahkan Pensijilan ISO9001:2000 Memecahkan rekod sendiri dan disenaraikan dalam buku the Malaysia Book of Records kerana menjadi Penderma Darah Terbanyak oleh Sebuah Organisasi Tunggal dalam Sehari.

2003

  • Diundi sebagai 5 Pembangun Manusia Terbaik di Malaysia.
  • ELKEN Bio Pure ditauliahkan Mohor Emas WQA S-300, satu-satunya sistem penulenan RO di Asia yang mendapat pengiktirafan sedemikian.
  • Dianugerahi Anugerah Kejujuran Perusahaan Asia Pasifik Antarabangsa/ Anugerah Kejujuran Perusahaan Keris Malaysia.
  • Dianugerahi Anugerah Usahawan Cemerlang daripada Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM).
  • Menubuhkan ELKEN India (Bangalore).
  • Membuka Cawangan ELKEN Pulau Pinang.
  • Membuka Cawangan ELKEN Ipoh.
  • Membuka Cawangan ELKEN Yogyakarta, di Indonesia.
  • Membuka Cawangan ELKEN Tangerang, di Indonesia.
  • Pensijilan ISO9002 dinaik taraf kepada ISO9001:2000 Sistem Pengurusan Berkualiti.
  • Tersenarai dalam buku the Malaysia Book of Records sebagai Penderma Darah Terbanyak oleh sebuah Organisasi Tunggal dalam Sehari.

2002

  • Menubuhkan ELKEN Brunei.
  • Menubuhkan ELKEN Hong Kong.
  • Menjadi syarikat pertama dalam industri jualan langsung yang membuka gedung peruncit EK One berkonsep beli-belah sehenti di Malaysia.

2001

  • Menubuhkan sebuah kilang GMP untuk pembuatan dan pembungkusan.

2000

  • Menubuhkan ELKEN Thailand (Bangkok).
  • Membuka Cawangan ELKEN Medan, di Indonesia.
  • Memperoleh hartanah untuk pembinaan Ibu Pejabat yang berukuran lebih 100,000 kaki persegi.

1999

  • Menubuhkan ELKEN Indonesia (Jakarta).

1998

  • Membuka Cawangan ELKEN Seberang Jaya.
  • Menubuhkan kilang pembuatan Sistem Penulenan Air Osmosis Songsang (R.O.) yang tercanggih.
  • Ditauliahkan Pensijilan ISO9002 oleh SIRIM, menjadikannya syarikat jualan langsung pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan sedemikian.
  • Mencapai perolehan kukuh pada purata RM10 juta sebulan.

1997

  • Menubuhkan ELKEN Singapura.
  • Membuka Cawangan ELKEN Kota Kinabalu.
  • Memperoleh status 10 Syarikat Jualan Langsung Teratas di Malaysia seperti yang dilaporkan dalam majalah “Today” .

1995

  • Penubuhan ELKEN Sdn. Bhd.
  • Membuka Cawangan ELKEN Johor Bharu.

Anugerah Jenama Unggul - 2004

ELKEN telah dianugerahi Anugerah Kecemerlangan e-Usahawan Asia Pasifik ke-3 atas Kecemerlangan Jenama daripada lebih 300 pencalonan. Anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada ELKEN yang berjaya menghadapi cabaran era elektronik bagi mempertingkatkan daya kompetitifnya ke arah globalisasi. Kriteria lain bagi anugerah ini termasuklah pembangunan budaya minda korporat berkualiti, pelaksanaan rancangan perniagaan yang strategik serta pencapaiannya sebagai peneraju perniagaan dengan kelebihan bersaingan.

DSN Global 100 - 2012

Elken tersenarai sebagai syarikat jualan langsung penjana-hasil 100 teratas global dalam tahun 2012 oleh majalah Direct Selling News, sebuah penerbitan antarabangsa dari Amerika Syarikat yang memaparkan berita-berita tentang industri dan kewangan MLM. Berkedudukan 65 dalam carta, Elken sememangnya syarikat jualan langsung Malaysia terunggul secara global.

Syarikat Jualan Langsung Tempatan No. 1 - 2011/2012

Elken diisytihar sebagai syarikat MLM Malaysia No. 1 tahun 2011/2012 oleh Businesslogy, Pakar Laporan Perniagaan 50 Terbaik Malaysia, lantas mengiktirafkan Elken sebagai pilihan tempatan terbaik dalam industri MLM.

Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan 2012

Frost & Sullivan, syarikat penyelidikan pasaran termasyhur dunia menganugerahkan 2 Anugerah Amalan Terbaik Asia Pasifik 2012 kepada Elken BioPure, yakni Anugerah Strategi Barisan Produk dan Kepimpinan Khidmat Pelanggan dalam Pasaran Penapisan Air. Anugerah-anugerah ini merangkumkan Elken Bio Pure ke dalam Pengamal Amalan Terbaik 1% teratas dunia dan salah satu yang terbaik di dalam industri dalam kalangan negara Asia Pasifik.

Pensijilan Perak Indeks Bangunan Hijau (GBI)

Menerajui penghijauan industri MLM, Elken telah melaburkan berjuta-juta ringgit untuk membina Pusat Pengedaran Hijau pensijilan-GBI yang ulung sekali di Malaysia. Inisiatif hijau ini menentusahkan komitmen kami dalam menggalakkan suatu gaya hidup hijau yang mampan melalui penggunaan sumber-sumber alam yang efisien. 

Anugerah Keunggulan Sumber Manusia Global 

Anugerah Keunggulan Sumber Manusia mengiktirafkan usaha Elken dalam perspektif strategik, pengurusan manusia, pengurusan prestasi dan mencapai keunggulan dalam pertemuan profesional sumber manusia terbesar dunia. Di dalam pertemuan elit antarabangsa ini, hanya 4 buah organisasi Malaysia dikurniai anugerah, dan Elken dengan bangganya menjadi satu-satunya syarikat tak tersenarai dan syarikat dari industri jualan langsung.

Anugerah Emas Jenama Paling Dipercayai Reader’s Digest 2008, 2009

ELKEN Bio Pure telah dikurniakan Anugerah Emas Jenama Paling Dipercayai Reader’s Digest (Malaysia) untuk 2 tahun berturut-turut oleh sebuah barometer prestasi jenama terkemuka di Asia. Dalam kaji selidik jenama ini, pengguna yang dipilih secara rawak diminta untuk menilai imej kepercayaan jenama, kebolehpercayaannya, kualiti, nilai, memahami keperluan pengguna dan inovasi, ELKEN Bio Pure telah muncul sebagai satu-satunya Jenama yang Dipercayai dalam kategorinya yang dapat menyingkirkan hampir semua bahan cemar di dalam air.

Mohor Emas WQA 2008

Siri ELKEN Bio Pure Ken telah ditauliahkan Mohor Emas WQA S-300, salah satu daripada mohor pengiktirafan yang paling berprestij dan diperakui kualiti dan prestasinya dalam industri rawatan air. Sebagai satu daripada tiga penerima di seluruh dunia setakat ini, ELKEN Bio Pure ialah yang pertama dan satu-satunya sistem berasaskan membran di Asia yang mendapat pengiktirafan industri antarabangsa yang ketat ini. Elken Bio Pure ialah satu-satunya sistem penulenan (R.O.) di Asia yang ditauliahkan Mohor Emas WQA S-300, satu daripada 3 penerima di seluruh dunia. Sistem berprestasi tertinggi ini juga dikurniai sebuah pingat di Pameran Antarabangsa Geneva ke-36 serta Anugerah Emas Jenama Paling Dipercayai Reader’s Digest bagi tahun 2008 dan 2009. Ssementara itu, pasukan perkhidmatan lepas jualan Elken Service merupakan pasukan perkhidmatan terbesar di Asia Tenggara.

Pemenang Pingat Pameran Antarabangsa Geneva 2008

Pameran Ciptaan Antarabangsa Geneva menghimpunkan peserta dari lebih 45 buah negara setiap tahun dengan hadiah dan anugerah untuk inovasi. Pada Pameran Antarabangsa ke-36 yang berprestij ini, ELKEN Bio Pure telah muncul sebagai satu-satunya sistem osmosis songsang yang memenangi pingat kerana keinovatifannya.

Anugerah Usahawan Cemerlang 2003, 2008

Dianjurkan oleh Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM), ELKEN diiktiraf atas peranan dan usahanya membangunkan satu bangsa usahawan. Anugerah Usahawan Cemerlang disampaikan kepada 3 orang pengedar Elken sebagai pengiktirafan atas sumbangan besar mereka membangunkan manusia, perniagaan dan masyarakat.

Jenama Unggul Malaysia (Pilihan Pengguna) 2006

ELKEN telah dikurniai Jenama Unggul Malaysia (Pilihan Pengguna) pada 2006 sebagai pengiktirafan atas jenamanya yang boleh dipercayai dengan produk berkualiti unggul. Dalam Anugerah Pilihan Pengguna, kaji selidik dijalankan dengan ratusan pengguna dari kalangan pasaran. Pengguna diminta mengenal pasti jenama terbaik yang mewakili kekuatan, reputasi dan kebolehpercayaan jenama tersebut.

Penderma Terbanyak oleh Organisasi Tunggal dalam Sehari 2003, 2004, 2005

Dalam gerakan derma darah tahunan ELKEN, projek khidmat masyarakat ini telah diiktiraf sebagai penderma darah terbanyak oleh sebuah organisasi tunggal dalam sehari oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan direkodkan dalam the Malaysia Book of Records pada 2003. Selama dua tahun berturut-turut, ELKEN memecahkan rekodnya sendiri untuk menambahkan lagi jumlah pendermaan sekali gus membawa kesejahteraan kepada lebih ramai pesakit.

Johan Kebangsaan 5S 2004

ELKEN berjaya menjadi syarikat jualan langsung pertama dalam industrinya yang mendapat pensijilan 5S oleh Perbadanan Produktiviti Negara di bawah Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa. Selain itu, dalam Pertandingan 5S Antara Organisasi Negara 2004, syarikat kumpulan ELKEN memperoleh tempat teratas dalam 3 kategori berasingan. Anugerah 5S ini memaparkan pengamalan 5S terbaik dari segi tempat kerja, kecekapan dalam bidang logistik, khidmat pelanggan dan pendokumentasian korporat.

Anugerah Kejujuran Perusahaan Keris - 2003

Bahagian pengilangan penulenan air ELKEN telah dianugerahi Anugerah Kejujuran Perusahaan Asia Pasifik Antarabangsa ke-2/Anugerah Kejujuran Perusahaan Keris Malaysia. Melalui kemenangan anugerah ini, ELKEN membuktikan prestasinya dalam industri ini melalui amalan dan perancangan baik perniagaan, pembangunan strategi pemasaran inovatif dan mendahului perindustrian elektronik dan pemodenan.

5 Pembangun Manusia Terbaik - 1997

Pada 1997, ELKEN muncul sebagai 5 Pembangun Manusia Terbaik dalam satu kaji selidik yang dikendalikan oleh Deloitte KassimChan dan The Edge. Dalam kajian ekstensif ini, 500 syarikat Malaysia dari semua sektor dikaji tentang penyertaan sosial, pembangunan kerjaya, pembelajaran dan inovasi perniagaan untuk memilih 5 yang terbaik di negara ini.

Pensijilan ISO Sistem Pengurusan Piawaian Dunia

ELKEN telah ditauliahkan pensijilan sejak 1998. Malah ia merupakan syarikat jualan langsung pertama yang diakreditasikan pensijilan ISO 9002 oleh SIRIM sejak 1998 kerana komitmennya terhadap kualiti dan kecemerlangan. Pada 2000, pensijilan ini telah dinaik taraf kepada ISO 9001:2000 untuk berfokus pada prinsip pengurusan berkualiti demi memenuhi kepuasan pelanggan melalui penambahbaikan yang berterusan. ELKEN terus meningkatkan tahap pencapaian kecemerlangan kualitinya kerana ISO kini bersedia dinaik taraf kepada 9001:2008.